PANAS BERAPI! SINDIKET PUSAT TAHFIZ SUDAH KEMBALI???

Tahniah Perak Today kerana anda telah mengutarakan satu isu yang sudah lama menghantui kita semua selama ini, Aku nak cerita pasal Pusat  Tahfiz yang telah diexpose oleh Mazidul dan beberapa akhbar lain. Dah lama senyap kan? Ingatkan dah habis. Oh tidak, aku letak artikel Mazidul kat sini untuk ingatkan kembali sindiket ini:

Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana kebelakangan ini, ramai rakyat Malaysia telah mengetahui maklumat tepat mengenai SM Amin.

Sila baca kenyataan di bawah.




Andai diabaikan semual 'gelaran', nama sebenarnya, AZHAR WAHAB. Dia bekas ketua ajaran difaktwakan sesat pada Oktober 2004 kerana ajarannya didapati bercanggah dengan aqidah, syariat serta akhlak Islam.


Selain menjadi pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd juga, Azhar, pembekal produk dipasarkan oleh pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah.

Kini, dia hidup terlalu mewah.

 
Tafsirkan gambar di bawah.



Lazimnya, bahasa tubuh tanpa disedari mencerminkan sikap sebenar manusia. Barangkali wang telah menutup perasaan hormat di hati. Tatkala kaca disangkakan permata, begitu jadinya.

Azhar juga taksub merakamkan klip video muzik bersama 'artis' wanita. Konsert dianjurkan setiap kali album terbaharunya dilancarkan.



Dari segi suara ...

Tonton video berikut dan nilaikan samada dia penyanyi berkualiti atau sekadar syok sendiri.


Di bawah antara produk keluaran syarikat Azhar, dipasarkan oleh kanak-kanak, remaja dan warga emas di restoran, stesyen minyak, kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya serta di sekitar bank.

PTA tidak pernah melahirkan penghafaz Al-Quran sejak mula beroperasi lebih 10 tahun lalu. 


[ Klik di sini ]
Perhatikan kelas di PTA dirakamkan oleh sumber saya, kosong dan berhabuk. 


[ Klik di sini ]

Majoriti pelajar, bukan anak yatim, diperkudakan untuk menjual produk dibekalkan oleh syarikat Azhar. Antara mereka, gadis berusia 13 tahun, berasal dari Selangor, saya temui di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2012. Dia terpaksa berdiri selama 8 jam sehari untuk menjual produk Azhar.


[ Klik di sini ]

Bukan sahaja remaja diperhambakan, kanak-kanak tidak terkecuali.



Wanita warga emas, 60 tahun, di bawah saya temui sewaktu menjual madu keluaran syarikat SM Amin di restoran mamak pada Jun 2011.




[ Klik di sini ]


Puluhan pelajar PTA saya temui sejak lebih 4 tahun lalu berkata, mereka harus membuat jualan minima RM150 sehari sebelum pulang ke rumah transit. Baca rakaman perbualan di antara rakan saya dan gadis dieksploitasi. Gambarnya dirakamkan di stesyen minyak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada November 2013.

Klik di sini.

1 Disember 2013, Kerajaan Negeri Kedah di bawah dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan tindakan tegas terhadap pengurusan PTA.


Laporan polis kemudian dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Kota Setar juga tidak menampakkan sebarang hasil.


[ Klik di sini ]

Terkini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, telah mengarahkan PTA ditutup bermula 10 Februari lalu.


Alhamdulillah sekali lagi.


Andai arahan itu antara hasil usaha Mukhriz, secara peribadi, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau.


Klik di sini.

Apapun, arahan itu tidak semestinya akan dipatuhi oleh PTA. 

Jika masih terserempak dengan pelajar PTA, jangan sesekali membeli produk keluaran syarikat bekas ketua ajaran sesat itu. Andai bersimpati melihat kanak-kanak dan remaja kelesuan akibat terpaksa berdiri dan berjalan selama 8 jam sehari, huliurkan mereka wang sekadar cukup untuk membeli makanan serta minuman. 

Jika pembaca mempunyai sebarang komen ingin dikongsikan, sila catatkan di sini.

Khabarnya ada beberapa blog lain pun dah dedahkan pasal jutawan yang mempergunakan anak-anak yatim dan orang miskin serta orang-orang tua ni. Mereka kini masih aktif lagi di seluruh negara. Pandai tauke dia ni, Senyap sekejap sekarang dia start balik.

Ok macam ni aku nak mintak tolong korang, kalau sekiranya korang tengah makan kat mana-mana dan terjumpa bebudak ini aku mintak korang email kan kepada editor@peraktoday.com.my dengan lokasinya sekali. Bukan apa, kita tak mau anak-anak yang tidak berdosa ini diperguna oleh manusia yang tidak bertanggungjawab!

Ayuh rakyat Malaysia kita bantu Perak Today untuk basmi kerja jahat yang merosakkan nama Islam ini.

42 Responses to "PANAS BERAPI! SINDIKET PUSAT TAHFIZ SUDAH KEMBALI???"

  1. Hari sabtu lepas ada terserempak dgn remaja perempuan dekat petronas kg gajah. Katanya dia sukarelawan PTA. Boleh beli produk atau nak derma ikhlas.
    Tolonglah pergi siasat..kesian kat budak2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt petron Bdr Baru Sg Buloh, Selangor pn ada. Kalu x beli/bg sumbangan, muka dia mencuka. Kesian kat budak2 tu. Mgkin tkt kena mrh sb x cukup target.kutipan.

      Delete
    2. Dkt petron Bdr Baru Sg Buloh, Selangor pn ada. Kalu x beli/bg sumbangan, muka dia mencuka. Kesian kat budak2 tu. Mgkin tkt kena mrh sb x cukup target.kutipan.

      Delete
  2. Tolong disegerakan tindakan ini. Banyak sungguh budak-budak yang diperkudakan samada di RNR, Stesyen minyak, tempat makan dan shopping complex. Kesihan tengok budak-budak yang "dipaksa" sehingga pendidikan terabai.

    Nak sampai bila????

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai org mcm parpu nie ambil tindakan .. barulah diorang semua akan sedar...

      Delete
  3. memang memalukan sungguh gamak guna nama tahfiz untuk kepentingan sendiri...geram wa baca artikel nie..wa pow salu tolong nie budak2 ingat betul perlukan bantuan tapi semua nya bohong belaka..wayang lebih...sial tol manusia yang haram jadah macam nie..puuuiiiiii!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Pehal nak repot kat ko orang???

    Apa salahnya kalau ko orang pergi cari SM Amin ke Azhar ke apa bendanya itu..

    Tolong campakkan ke dalam "lautan hindi"...faham ker apa maksudnya???

    Orang macam ni tak diperlukan dalam duniakan?? kalau dunia tak perlu ..tau mana nak hantar??

    Ada sesiapa yg boleh tolong lapurkan kalau ternampak malaun itu di mana mana supaya senang nak 'pegang' sebelum 'humban'

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantar la ke planet marikh.. kan byk lg planet nie selain dunia....apa bahalol sgt ko ie... itukan perumpamaan je..

      Delete
  5. jika kita beri 'duit makan' kepada budak2 tupun, mereka bukan dapat makan daripada sedekah kita. duit tu akan dirampas oleh 'cikgu' mereka. kasihan budak2 tu. jadi hamba kepada bekas guru ajaran sesat.

    ReplyDelete
  6. masih ada lagi di tesco melaka, pasar satok sarawak, mereka kata pusat tahfiz tidak pernah ditutup dan masih beroperasi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pusat hiburan kot..... yg gunakan nama tahfiz utk kepentingan peribadi...

      Delete
  7. Apa panjang sangat artikel ni , sampai letih aku nak membaca nya .

    ReplyDelete
  8. Ini sudah masuk kes perhambaan- perguna kanak2 bawah umur. Kenapa lemah sangat penguatkuasaan undang2 di Malaysia ni?

    ReplyDelete
  9. Saya rasa perkara ini berlaku di merata tempat , bukan di Kedah saja . Kerajaan mesti ambil tindakan tegas dengan cepat .

    ReplyDelete
  10. Kebulur la budak2 x mkn, xde tempat tinggal. Kau parpu otak cetek, dengki punya pasal sbb kau tak jutawan, kau x reti buat mcm dia org buat, kau tu bodoh parpu. Kalau kau tahiu, mesti kau lagi teruk dari dia org. Mak kau pun kau sanggup lacurkan.

    ReplyDelete
  11. He is such a horrible singer. Rupa dan suara, dua-dua tak boleh pakai.

    ReplyDelete
  12. Kenapa celaka ni tak di humban dlm penjara. Knp celaka ni masih bebas ??

    ReplyDelete
  13. Selamatkan budak-budak yang menjual produk jangan biarkan mereka dan siasat sungguh-sungguh. Kalau dibiarkan tak selesai masalah. Budak-budak tu tetap juga menjual. SM Amin mengeluarkan produk yang memasarnya siapa?
    tak mungkin buat kerja seorang

    ReplyDelete
  14. mintak puhak berkuasa mengambil tindakan tegas. Kanak2 / remaja2 masih diperalatakan oleh PTA.

    ReplyDelete
  15. Selamatkan budak-budak tu. Jika biarkan mereka tetap menjual dan siasat sungguh-sungguh baru boleh selesai

    ReplyDelete
  16. di manakah ibu/ayah/ahli keluarga kanak-kanak tersebut?

    ReplyDelete
  17. As salam
    Di Kuantan kegiatan mengutip derma oleh sebilangan remaja lelaki dan perempuan atas nama Pusat Tahfiz Amal terus berleluasa walaupun pusat itu dikatakan telah diharamkan.
    Seminggu dua yang lalu pihak Majlis Ugama Islam Pahang ada mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa pihak majlis akan mengambil tindakan terhadap kegiatan ini.
    Tapi sehingga sekarang remaja-remaja tersebut masih lagi kehulu kehilir meminta derma.
    Di mana pihak majlis membuat pemantauan (jika ada), wallahualam...

    ReplyDelete
  18. Apa yang jadi susah sangat....dah bertahun2 tak selesai2 masalah yang 'macam lekat di gigi' jea nie?? Ngape tak ditangkap si azhar wahab.....baru tahu cerita sebenar...kalau betul laa dia yang menjadi dalang mengeksploitasikan budak2 dan ramai orang?? Aku banyak kali terserempak....kesian tengok budak2 tu berkeliaran entah makan entah tidak. Semasa aku hulur duit aku niat sedekah kat budak2 tu untuk dia orang beli makanan. Hanya dengan campurtangan pihak Polis dengan menangkap budak2 nie.....dapat menghentikan gejala tidak sihat ini. Dan yang paling utama dapat menyumbat si azhar wahab yang bertuhankan duit dan perasan tahap gaban ini masuk ke dalam lokap.....

    ReplyDelete
  19. Jabatan agama islam tak ambil tindakan ke? Polis ke...kebajikan masyarakat ke....mana PAS?

    ReplyDelete
  20. Ini lah org Melayu ... orang Islam.. guna anak yatim mau kaya...

    ReplyDelete
  21. Inilah org Melayu ... org Islam. Guna anak2 yatim utk kaya

    ReplyDelete
  22. Mana pegi Jabatan Kebajikan Masyarakat?? Mana pegi Jabatan Agama Islam??? Takkan keje nak tangkap org khalwat aje??? Kes2 mcm ni pun kena tgk gak. Menggunakan agama Islam utk kepentingan diri sendiri

    ReplyDelete
  23. mmg memalukan bangs betul la... sanggup plak dia makan hasil haram... mmg dasar pukimak babi anjing la mamat nie.. anjing pun lagi baik dari dia.... budak2 keck pun dia x lepas ..

    ReplyDelete
  24. Good Job Perak Today sebab bongkar hal ni. InsyaAllah kita kasi viral prkara ni agar semua org tahu.

    ReplyDelete
  25. Dkt petron Bdr Baru Sg Buloh, Selangor pn ada bdk2 PTA buat jualan.

    ReplyDelete
  26. Nak salahkan pusat tahfiz pun tak boleh. Nak salahkan pejabat agama yang keluar surat kebenaran kutip derma pun tak boleh. Paling senang salahkan diri sendiri yang jadi pemurah bodoh bebal, penderma bodoh bebal. Kalau kita orang malaysia ini menjadi penderma yang pemurah yang cerdik tak lah senang2 kena tipu dengan para peminta derma.

    Saya nak tanya. Ada berapa orang daripada kita yang ambil kisah nak baca dan belek surat kebenaran minta derma yang selalunya ditunjukkan oleh si peminta derma. Apa yang terjadi , asal saja nampak kepala surat pejabat agama maka kita akan derma sebanyak mungkin supaya dapat banyak pahala. Maaf, saya perhatikan orang kita yang macam ini lahirnya nampak educated, kerja pegawai besar tapi bodoh pahit tentang surat kebenaran kutip derma oleh pejabat agama. Orang yang saya sebut tadi belajar tinggi sampai universiti, tapi senang-senang saja kena tipu dengan orang Patani Thailand atau orang Rohingya yang minta derma guna surat kebenaran pejabat agama. Pada hal orang Patani dan Rohingya itu sekolah pun tidak nak cakap orang putih sepatah haram pun tak reti.

    Sebagai tip kepada anda2 yang giller nak mengejar pahala menderma untuk bina masjid, surau atau mahad tahfiz. Sebelum hulur derma belek dulu surat kebenaran kutip derma yang dikeluarkan oleh pejabat agama. Cari maklumat berikut :-----

    1. Sampai bila kebenaran kutip derma ini diberi. Tak kan boleh kutip derma sampai surat tu dah naik lunyai. Kebanyakan penderma bawa salinan fotokopi surat yang telah di laminated.

    2. Dalam surat itu nama siapa dibenarkan kutip derma dan apa nombor pengenalan dirinya disebut dengan jelas. Maknanya kalau orang lain yang bawa surat itu, derma anda tak dapat pahala sebab duit itu tak pergi kedalam tabung masjid, surau atau tahfiz yang disebut dalam surat kebenaran. Duit derma anda masuk dalam kocek si pemungut derma atau ke kantong ketua sindiket.

    3. Surat kebenaran mesti yang ori, cop dan tandangan pegawai mesti yang ori, si pemungut derma (orang yang namanya disebut dalam surat) nak laminate tak mengapa. Kalau was2, telepon saja pejabat agama berkenaan. Kalau dah confirm betul, anda pergi cari mesin ATM dan keluarkan sebanyak mungkin wang simpanan anda dan bagi lah kepada si peminta derma itu, minta resip resmi daripadanya ..... insyallah derma anda ada keberkatan, anda dapat pahala, masjid atau surat atau mahad tahfiz yang ingin anda bantu pembinaannya akan menjadi kenyataan.

    Saya terjumpa ada sorang Mamat melalui postingnya dalam blog ini mencadangkan supaya jangan bagi derma kepada sekolah tahfiz melalui budak2 tahfiz yang minta derma, dia cadangkan kita bagi duit kepada budak yang kutip derma untuk kegunaan peribadi budak itu. Jangan bro jangan, duit yang anda bagi itu sekupang pun budak tu tak berpeluang nak rasa sebab gerak geri mereka sentiasa diawasi, dan lagi kocek mereka akan diperiksa oleh orang sindiket bila saja mereka menaiki van, setiap sen yang dijumpai pada badan budak itu akan dirampas serta merta oleh orang sindiket.

    Saya pernah buat. Kerana kasihan sangat dengan budak minta derma itu, saya ajak mereka pergi makan dekat KFC. Tapi mereka menolak kerana " takut ". Nak bagi duit untuk belanja takut kena rampas, so saya pergi beli biskut dan air kotak dan beri kepada mereka. Ya Allah, kasihan mereka kerana mereka lapar rupanya sebab tak sempat saya beredar jauh meninggalkan mereka, air kotak dan biskut dah :" clear ".

    So kalau kasihan kepada budak2 tahfiz yang kutip derma, jangan bagi duit, sebaliknya belikan mereka makanan dan minuman yang sedap2 .... belanja KFC kah, belanja Pitza. Nak tahu, masa kat sekolah tahfiz, budak2 tahfiz tu diberi makan sekadar untuk hidup sahaja. Kasihan kan ......

    Aku Bekas Peminta Derma

    ReplyDelete
  27. Video Klip pun mcm haram,suara pun mcm ayam tertelan taik kerbau...yg pompuan tu pun mcm rela jer kena pegang2

    ReplyDelete
  28. Suara mcm katak telah batu ada hati Nak jadi penyanyi..yg pompuan tu pun mcm rela jer kena pegang2

    ReplyDelete
  29. Tak cerita salah guna duit zakat ke? Ni duit kecik saje.

    ReplyDelete
  30. jIKA ada sesiapa yang nampak si melaaun ni sila beri tahu........agar senang keja nak humban dia kelautan hindi .......kalau setakat pengawal peribadi tu tak ada hal punya .........sial dan anak haram betul sm amin nih .

    ReplyDelete
    Replies
    1. humbankan kedalam tong taik lagi bagus.

      Delete
  31. Susah sangat ke nak tangkap Malaun ni dan sumbat dalam Penjara. Dah sah menipu nak tunggu apa lagi????

    ReplyDelete
  32. SM Amin mempunyai sebuah gudang berhadapan dengan stesen Shell di Jalan SU 5 off Persiaran Tengku ampuan, Shah Alam. papan tanda nya yang sungguh besar melambangkan ego nya yang besar. Saya sudah beberapa kali membawa budak2 yang bawah umur ke balai polis kerana mereka menjual barangan2 waktu malam di depan bank waktu sekolah.

    ReplyDelete
  33. Apalah nak susah susah cerita mengenai Azhar ni bukannya perkara rahsia sangat, dia ni bergerak diKedah atas nama KERABAT DIRAJA SAKTI, dia membekalkan aiskrim malaysia secara percuma diMesjid2 dikawasan Baling dan Sik, semua Imam2 diMesjid2 berkenaan telah ikut telunjuk dia kerana mereka dapat sogokan duit.
    Tiap2 tahun pula selalunya lepas H.Raya dia mengadakan perayaan dan perjumpaan besar2an dikawasan pendalaman Bris, segala Tuan2 Imam diberi layanan Istimewa dan duit sehingga dari jauh2 sanggup datang untuk mendapat habuan.
    Perkara ini pernah dibangkitkan oleh Datok Othman Mustafa(Ketua Pengarah Jakim)melalui ruangan Porum di Utusan Malaysia tetapi hingga kini tiada sebarang tindakan diambil,

    ReplyDelete
  34. NYANYIAN SUNGGUH HEBAT MACAM KAMBING JANTAN TUA TENGAH MIANG TERAMAT DENGAN KAMBING BETINA...TERUTAMA DARI MEMEK MUKA KETIKA BERMESRA DENGAN SANG BETINA...

    ReplyDelete
  35. Kelmarin aku ada komen sikit pasal SM. Amin ni, tapi tak keluar pun, macam ada nak tutup pulak

























    Aku setuju dengan Anon 12.46, apa susah sangat nak tangkap malaun ni, cuma mau dengan tak mau saja?



    ReplyDelete
  36. jabatan agama islam hanya hebat dalam tangkapan khalwat saja!.sekitar kepala batas,pulau pinang terutama stesyen minyak shell dan kedai makan...hari2 budak2 ni berkeliaran minta derma dari jam 9am-9pm. melalui artikel diatas sepatutnya dah ada tindakan tegas..malangnya tiada apa pun terjadi...ini menunjukkan kelemahan ketara pemerintah.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!